Monday, May 4, 2009

Pada 4 Mei 2009, seramai 18 orang pelajar Maktab Sabah telah menyertai KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH yang bertempat di Sek Men Sains Sabah (SMESH). Pertandingan ini adalah di bawah pengelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling. 14 orang menyertai pertandingan nasyid manakala 4 orang lagi menyertai pertandingan ePpdA (p'sembahan slide show).

Tahniah diucapkan kepada semua duta Maktab Sabah yang menyertai pertandingan ini terutamanya kepada 8 orang pelajar Pembimbing Rakan Sebaya yang turut mewakili sekolah ke Karnival tersebut.


_PELAJAR PRS YANG MENYERTAI PERTANDINGAN TERSEBUT_
DK EFFA, NORAIN JAINE, HAJAR ZUNNUR, SITI AWIYAH, SITI HAJAR, NURAIN ASYIKIN, ADAM FU, HELSLEY (tiada dalam gambar)



Walaupun tidak mendapat sebarang tempat dalam kedua- dua pertandingan tersebut, usaha gigih pelajar dan guru harus dihargai dan dipertingkatkan lagi pada masa2 akan datang. Semoga lebih ramai lagi ahli PRS yang akan melibatkan diri dalam apa jua pertandingan untuk mengharumkan nama PRS dan juga Maktab Sabah.

Sekian, ^_^


- kArnivaL peNdidikaN pENcegaHaN dAdaH 2009
by Pembimbing Rakan Sebaya Maktab Sabah @ 2:13 AM

Sunday, April 12, 2009

Majlis Anugerah Cemerlang 2009

Tarikh : 15 April 2009 (Rabu)
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Perasmi : Ybhg Puan Hajah Nuri Bt. Udin
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Sabah
Raptai Penuh : 13 April 2009 (Isnin)
Penerima Hadiah : Peperiksaan Dalaman (N0. 1-3, setiap tingkatan)
Peperiksaan Awam (PMR & SPM) STPM - Majlis Graduan
Peperiksaan SPM sekurang-kurangnya memperolehi 5A1 ke atas.
Penyampaian Hadiah Kokurikulum pencapaian peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Pada masa tersebut beberapa anugerah akan disampaikan antaranya ialah;
1. Anugerah MPS - Olahragawan dan Olahragawati Keseluruhan
2. Anugerah OSCA - Kecemerlangan Kokurikulum
3. Anugerah PIBG - Khidmat Cemerlang
4. Anugerah Pengetua - Cemerlang Akademik
5. Anugerah Pendidik - Tokoh Pelajar

Para pelajar dinasihatkan agar membawa ibubapa masing-masing semasa majlis tersebut. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlangan dalam bidang akademik mahupun bidang Kokurikulum.
Bagi pihak Maktab Sabah saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada yang berjaya dan kepada pelajar-pelajar lain anda masih berpeluang memperbaiki diri seterusnya berusaha mendapatkan kecemerlangan diri.

- Majlis Anugerah Cemerlang
by Pembimbing Rakan Sebaya Maktab Sabah @ 10:11 PM

Wednesday, April 8, 2009

Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera

Saya Adam Fu Yun Sheng selaku Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya. Blog in telah dihasilkan oleh Helsley Mostajap salah satu daripada Ahli Pembimbing Rakan Sebaya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah bertungkus - lumus menghasilkan blog ini.

Blog ini telah dihasilkan untuk memberitahu pelajar tentang aktiviti yang telah dijalankan mahupun yang akan dijalankan. Saya juga berharap agar dengan blog ini. Bekas Pembimbing Rakan Sebaya dahulu dapat mengekalkan hubungan silaturahim dengan pelajar di maktab sabah dan juga Ayahanda kita, En. Musli Andalan and bonda kita, Pn. NorAisyah. Tidak Lupa juga guru pratikal kita, En. Syed Farid dan Cik Baya Sabariah... Semoga dengan blog ini hasilnya sebuah keluarga yang bahagia

- Mesej Daripada Pengerusi
by Pembimbing Rakan Sebaya Maktab Sabah @ 8:59 PM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Maktab Sabah baru sahaja melancarkan blog.
Bagi semua pelajar Maktab Sabah yang mempunyai masalah atau memerlukan sebarang pandangan bolehlah berjumpa dengan PRS atau mengadakan sesi kaunseling bersama guru-guru kaunseling Maktab Sabah.

- Welcome!
by Pembimbing Rakan Sebaya Maktab Sabah @ 8:50 PM



Ajk Prs 2009:-

Guru kaunselor: Encik Musli Andalan

Guru penasihat: Farahleeza Jamaian;
Dayang Asmah Eson

Pengerusi: Adam Fu Yun Sheng

Naid Pengerusi 1: Hajar Zunnur Raihan Bte Sabtu

Naib Pengerusi 2: Mohd Afifi Raymi

Setiausaha: Fatheen Shafikah Omar

Naib Setiausaha: Abdul Khareez Kasbullah

Bendahari: Wong Chu Ting

Naib Bendahari: Dg Siti Khadijah bte Mohd Hanan

Falsafah: Bantu diri supaya berupaya membantu orang lain.

Visi: Sistem pengurusan perkhidmatan pembimbing rakan sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

Misi: Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari segi aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika pembimbing rakan sebaya.

Tagboard:
ShoutMix chat widget

Links : Maktab Sabah Cikgu Musli Andalan Cikgu Syed Fareed Link